CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Autobiografi - Aku Sebuah Komputer

       Aku merupakan sebuah komputer yang terkini. Aku dilahirkan di kilang komputer yang terletak di Pulau Pinang. Nama aku ialah Super. Bentuk badan aku empat segi dan mempunyai banyak wayar.
       Apabila aku siap dibungkus dengan plastik dan dimasukkan ke dalam kotak. Aku dihantar ke kedai menjual komputer dengan lori. Sebaik sampai di kedai aku disimpan dengan baik.
       Semasa pameran komputer diadakan, aku dihanfar ke pusat pameran komputer. Di sana aku mendapat perhatian ramai kerana aku merupakan model baharu dan mempunyai kuasa memproses data dengan pantas. Banyak pengunjung yang datang melihat aku.
      Selang beberapa hari kemudian, seorang pemuda datang memberi aku. Aku dibawa batik ke rumahnya. Aku diletakkan di dalam bilik berhawa dingin. Aku selalu digunakan oleh tuan aku untuk melayari Internet. Tuan aku menjaga aku dengan baik.
      Kini, aku sangat penting kepada tuan aku. Setiap hari aku digunakan untuk bermain permainan komputer, menyimpan data dan sebagainya. Aku tidak jemu menyumbang khidmat kepada tuan aku.
       Aku telah banyak berbakti kepada tuan aku. Oleh itu, tuan aku begitu sayang akan aku. Aku berasa bertuah kerana dimiliki oleh orang yang mahir dalam komputer.

0 comments:

Post a Comment