CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Autobiografi - Aku Sebuah Robot

       Aku sebuah robot. Namaku "Robotman". Bentukku cantik dan menarik. Aku dicipta oleh sekumpulan jurutera bagi membantu golongan kurang upaya.
       Aku dicipta dengan pelbagai keistimewaan dan fungsi untuk kegunaan tuanku, seorang yang cacat penglihatan. Aku direka untuk membantu tuanku menyelesaikan masalahnya.
       Tuan aku telah membelanjakan RM100,000 untuk mendapatkanku. Tuanku sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan aku kerana aku mempunyai pelbagai fungsi, terutama dalam membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas.
       Sewaktu tuanku membawa aku ke pasar, orang ramai terpegun melihatku. Apa tidaknya, apabila tuanku menyuruh aku memilih barang-barang yang hendak dibeli, dengan pantas aku berjaya membuat pilihan yang baik dan tepat.
       Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah apabila aku berjaya menggagalkan rompakan di sebuah bank. Ketika itu tuanku sedang berurusan di kaunter, apabila tiba-tiba sahaja sekumpulan perompak bersenjata api menyerbu bank tersebut. Aku segera merampas senjata perompak itu menggunakan kuasa magnetku.
       Kini aku dihantar semula kepada penciptaku untuk ditingkatkan keupayaanku. Aku yakin selepas ini aku dapat membantu tuanku dengan lebih baik lagi.

0 comments:

Post a Comment