CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Autobiografi - Aku Sepohon Pokok

       Aku sepohon kelapa. Aku tumbuh di tepi pantai dan dimiliki oleh seorang nelayan. Jarakku dengan laut hanya beberapa meter. Oleh sebab itu aku dapat mendengar dengan jelas deburan ombak.
       Aku berusia sepuluh tahun. Buahku lebat, pelepahku banyak. Tuanku sering mengerat pelepah-pelepahku untuk dijadikan unjang atau rumah ikan.
       Sebenarnya bukan pelepahku sahaja yang berguna kepada manusia. Batangku, misalnya boleh dijadikan titi. Buahku yang muda boleh diminum airnya, manakala buahku yang tua boleh didapati santan.
       Pendek kata aku banyak kegunaan. Oleh sebab itu tidak hairanlah ada yang memanggilku "pokok serba guna".
       Aku gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada manusia. Namun, sumbanganku itu tidak berterusan. Pada suatu hari aku tumbang dipukul ribut.
       Aku terbaring di tepi pantai. Tuanku datang lalu mengambil bahagian-bahagianku yang berguna kecuali batangku yang dibiarkan mereput di tepi pantai.

0 comments:

Post a Comment