CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Biografi - Guru yang paling saya sayangi

       Saya mempunyai seorang guru yang paling saya sayangi. Beliau seorang yang berhati mulia dan penyayang. Nama beliau ialah Cikgu Chew SeeSee.
       Cikgu Chew merupakan guru kelas saya. Saya sangat menyayangi beliau kerana beliau selalu memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga saya benar-benar faham akan sesuatu topik yang diajar beliau. BeIiau juga tidak pernah menunjukkan perasaan marah beliau kepada murid-murid lain yang kurang memahami sesuatu pelajaran.
       Saya sangat suka akan cara Cikgu Chew mengajar kami. Beliau selalu membawa peralatan yang sesuai semasa mengajar. Kadang-kadang beliau akan mengajar sambil bernyanyi, bersajak, berlakon atau bersyair. Suara beliau merdu sekali.
       Cikgu Chew telah mengajar selama lima belas tahun. Oleh itu, beliau telah menggunakan pengalaman beliau dalam mendidik anak muridnya dengan sebaik-baiknya. Tidak hairanlah jika Cikgu Chew pernah dipilih sebagal Tokoh Guru di sekolah saya.
       Selain seorang pengajar yang cekap, beliau juga merupakan seorang guru penasihat yang baik. Nasihat beliau selalu didengar oleh murid-murid. Beliau selalu menasihati kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh di samping aktif dalam kokurikulum.
       Kini, saya juga bercita-cita menjadi seorang guru seperti Cikgu Chew iaitu guru yang menjadi kebanggaan saya.

1 comments:

Eisya's said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment