CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Biografi - Ibu Saya

       Ibu saya bernama Puan Chong May Ling. Usia beliau sekarang mencecah 40 tahun. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1970 di Ampang, Selangor.
       Ibu saya mendapat pendidikan awal di SJK (C) Yuk Chai dari tahun satu hingga tahun enam. Seterusnga, beliau meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Baru selama lima tahun. Kemudiannya, beliau meneruskan persekolahan di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Klang selama dua tahun. Keputusan STPM yang cemerlang telah melayakkan beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
       Beliau mula bertugas sebagai guru Matematik di SJK (C) Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada tahun 1994. Di sekolah inilah beliau bertemu jodoh dengan ayah saya, iaitu Encik Tan Han Meng.
        Pada tanggal 3 September 1997, ibu telah selamat melahirkan saya. Pada tahun-tahun berikutnya pula adik-adik saya telah dilahirkan. Sehingga kini, ibu mempungai tiga orang anak dan telah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.
       Ibu saya seorang yang begitu prihatin terhadap keperluan anak-anaknya. Meskipun raut wajahnya nampak serius, namun beliau seorang ibu yang lemah-lembut.
       Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan berpendidikan. Segala didikan dan tunjuk ajar beliau akan saya jadikan pedoman. Jasa dan pengorbanan ibu akan saya kenang selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment