CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Cerita/Cereka-Berkelah di tepi pantai

       Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah pergi berkelah di pantai Morib. Pantai itu terletak di negeri Selangor. Saya pergi dengan semua ahli keluarga. Kami pergi ke sana untuk berehat-rehat sambil bermain air.
       Sebelum bertolak, emak telah menyediakan makanan di dapur. Antaranya ialah nasi lemak, kuih karipap, dan air sirap. Saya dan kakak menolong emak mengemaskan pakaian yang kami hendak bawa. Ayah pula memeriksa keadaan kereta supaya selamat digunakan. Setelah semuanya siap, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju.
       Apabila tiba di pantai itu, saya dapat melihat pemandangan yang sungguh cantik. Pantainya luas dan bersih. Ramai orang berkunjung ke pantai itu. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang, bermain air, dan ada juga yang bermain pasir di tepi pantai.
       Tanpa berlengah-lengah, kami meletakkan barang-barang yang dibawa di bawah pokok yang rendang. Kemudian, saya dan kakak menukar pakaian. Kami berdua pergi bermain air. Saya berasa sungguh seronok kerana dapat bermain air laut. Emak dan ayah pula berbual-bual di tepi pantai sambil memerhatikan kami. Mereka berbuat demikian untuk mengawasi keselamatan kami.
       Selain bermain air, kami juga mengutip kulit cengkerang dan membina istana pasir. Setelah puas bermain, kami naik ke pantai untuk berehat sambil menjamu selera. Selepas itu, kami menyalin pakaian untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang, kami telah mengemaskan tempat duduk kami. Kami berbuat demikian supaya pantai itu kekal bersih daripada sampah-sarap.
       Akhirnya kami pulang dengan seribu kenangan yang manis. Saya berasa sungguh gembira kerana berpeluang berkelah di pantai itu. Saya berharap agar dapat ke pantai itu sekali lagi pada masa hadapan.

3 comments:

Post a Comment