CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 9 November 2011

Fakta- Faedah Bersukan

       Terdapat pelbagai kegiatan sukan yang boleh dilakukan seperti berenang, bermain bola sepak, bermain badminton, dan sebagainya. Kesemua kegiatan sukan ini mendatangkan faedah kepada kita.
       Bersukan merupakan kegiatan yang memerlukan gerakan fizikal. Gerakan fizikal ini dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Badan yang sihat membantu perkembangan otak yang baik kerana otak yang cergas datangnya daripada tubuh yang sihat.
       Melalui sukan, seseorang dapat mengeluarkan peluh. Ini menjamin tubuh badan yang sihat dan cergas. Perjalanan darah di dalam badan akan berjalan dengan baik. Penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, dan sebagainya dapat dihindarkan.
      Selain fikiran seseorang itu lebih tenang dan otaknya sihat, bersukan juga boleh menghilangkan kerungsingan yang dialami. Ini menjadikan fikiran kita semakin lapang dan memberi ketenangan jiwa.
       Bersukan juga menyemai sikap kerjasama, bertolak ansur, bersatu padu, dan berdisiplin. Di samping itu, bersukan dapat mengajar seseorang menerima kejayaan atau kegagalan dengan tenang.
       Melalui sukan, persahabatan dapat dirapatkan seperti yang dilaungkan oleh kerajaan, "Rakyat Sihat, Negara Maju".

0 comments:

Post a Comment