CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 16 November 2011

Kesalahan Umum Penggunaan Tatabahasa

1. Kata Ganti Diri

1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
    Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
    Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.      Kata mereka tidak boleh diulang.
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

0 comments:

Post a Comment