CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Peribahasa - Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit

       Salina seorang murid yang pintar. Dia bukan sahaja pintar dalam pelajaran malah pandai menguruskan perbelanjaannya.
       Setiap hari, ibu Salina memberikan wang saku sebanyak seringgit kepada Salina. Waiaupun jumlahnya agak kecil, tetapi Salina berasa puas hati.
       Di sekolah, Salina sangat bijak membelanjakan wangnya. Dia hanya membeli makanan yang tidak terlalu mahal harganya. Wang saku yang selebihnya akan disimpan di dalam tabung.
       Apabila tabung itu telah penuh, Salina akan mengeluarkan wang tabungnya untuk dimasukkan ke dalam bank.
       Salina berasa amat gembira apabila mendapati wang simpanannya telah menjadi banyak. Dia berazam akan terus mengumpul wang agar dapat menggunakan wang tersebut untuk membiayai pelajarannya kelak.
       Walaupun usia Salina masih muda, dia telah menanamkan amalan berjimat cermat dalam dirinya. Dia percaya sesuatu yang dilakukan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

0 comments:

Post a Comment