CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 24 November 2011

Peribahasa - Sesal Dulu Berpendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna

        Kamal seorang budak yang nakal. Dia tidak pernah mendengar nasihat ibu dan bapanya. Kamal berkawan dengan Nizam dan Haiti yang merupakan budak-budak nakal di kampungnya. Pada setiap petang mereka gemar ke hutan untuk melastik burung.
       Ibunya sering menasihatinya supaya jangan pergi ke hutan dan melastik burung kerana perbuatan itu bukan sahaja berbahaya malahan menganiaya binatang. Bapa Kamal turut melarangnya berkawan dengan budak-budak nakal. Namun nasihat ibu bapanya tidak diendahkannya.
       Pada suatu hari, Hairi dan Nizam mengajak Kamal masuk ke hutan untuk melastik burung. Mereka bertiga pergi ke hutan tanpa pengetahuan ibu dan bapa. Apabila sampai di tempat yang dituju, mereka terpandang seekor burung di atas dahan pokok. Kamal terus melastik burung itu tanpa melihat sarang tebuan yang ada berdekatan dengan dahan itu.
       Tanpa diduga, Kamal terlastik sarang tebuan itu. Sekelip mata sahaja tebuan-tebuan itu mengejar Kamal. Hairi dan Nizam yang terlebih dahulu melihat perkara itu telah melarikan diri. Kamal telah disengat tebuan. Dia mengerang kesakitan. Sekarang barulah dia sedar dan teringat akan nasihat kedua ibu bapa, namun semuanya sudah terlambat. Bak kata pepatah "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna".

0 comments:

Post a Comment