CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 December 2011

Keperihalan : Kemalangan Jalan Raya


Kemalangan Jalan Raya

        Pada suatu hari, saya sedang berjalan pulang dari sekolah. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman yang kuat. Saya terkejut lalu melihat ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya suatu kemalangan jalan raya telah berlaku.

     Saya berlari ke tempat kejadian untuk melihatnya dengan lebih dekat. Sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori. Pemandu kereta tersandar di dalam keretanya yang remuk. Dia mengalami kecederaan.

      Orang ramai telah mengerumuni tempat kejadian. Beberapa orang membantu mangsa kemalangan. Salah seorang pemuda telah menghubungi pihak polis dan ambulans. Lalu lintas pula mula sesak.

      Pihak polis dan ambulans tiba sepuluh minit kemudian. Anggota polis mengawal lalu lintas. Kakitangan perubatan pula mengusung pemandu kereta ke dalam ambulans. Kemudian, dia dikejarkan ke hospital.

    Setelah ambulans meninggalkan tempat kejadian, suasana mulai reda. Orang ramai mulai beredar. Kenderaan dapat bergerak dengan lancar.

        Saya juga beredar dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

0 comments:

Post a Comment