CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 December 2011

Penulisan-Catatan

Catatan
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah tinggal beberapa hari di rumah datuk kamu. Tulis catatan tentang percutian kamu itu.


10 Mac 2007
Aku bangun awal pagi untuk mengikut datuk menoreh getah. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke kebun getah. Seronok rasanya dapat membantu datuk. Kami pulang pada waktu tengah hari. Ketika itu nenek sudah menyediakan makan tengah hari.

11 Mac 2007
Datuk menyuruh aku memberi makan kepada ayam-ayam di reban. Selepas itu, aku menolong nenek menyapu daun-daun kering di halaman rumah lalu dibakar. Lega rasanya melihat halaman rumah yang kemas dan bersih.

12 Mac 2007
Pada waktu petang, datuk membawa aku memancing di sebatang sungai di hujung kampung. Kami membawa joran buluh, umpan cacing dan minuman yang dibekalkan nenek. Aku berjaya mendapat banyak ikan. Selepas itu aku mengambil kesempatan untuk mandi sungai. Datuk tersenyum melihat gelagat cucunya.

13 Mac 2007
Datuk dan nenek membawa aku ke dusun rakan datuk di kampung sebelah untuk membeli buah-buahan. Di dusun itu, kami dapat membeli banyak buah-buahan dengan harga yang sangat murah. Buah-buahan itu akan kubawa pulang ke rumah esok.

14 Mac 2007
Aku akan pulang ke rumah petang ini. Nenek telah memasak lauk kegemaranku iaitu ikan keli masak cili padi. Aku makan dengan begitu berselera sekali. Petang itu, ayah tiba untuk membawaku pulang. Pengalaman selama lima hari di kampung tidak akan kulupakan.

0 comments:

Post a Comment