CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 December 2011

Penulisan-Catatan

Catatan
Sekolah kamu telah mengadakan lawatan sehari ke Kuala Lumpur pada cuti sekolah yang lalu. Tulis catatan tentang lawatan itu.


Sabtu. 24 September 2010
7.30 pagi
Berkumpul di kawasan sekolah. Setelah semua peserta rombongan hadir, Cikgu Abu mengarahkan kami menaiki bas. Dalam perjalanan kami berbual dan menyanyi dengan gembira.

10.30 pagi
Rombongan kami tiba di Kuala Lumpur. Tempat pertama yang kami lawati ialah Menara Kuala Lumpur. Kami dapat melihat panorama di sekitar Kuala Lumpur menerusi teropong dari atas menara. Selepas itu kami ke Menara Berkembar Petronas. Menara ini merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia. Di sini kami berpeluang membeli-belah di Suria KLCC.

1.00 petang
Kami makan tengah hari. Selepas itu kami melawat Muzium Negara. Pelbagai jenis barangan purba seperti keris, duit syiling serta pakaian dapat kami lihat di sini. Kami juga berkunjung ke Pasar Seni untuk melihat hasil-hasil kraf tangan seperti batik, ukiran serta sulaman yang pelbagai corak.

3.00 petang
Atur cara selanjutnya ialah melawat ke Zoo Negara. Di sana kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan dari dalam dan luar negara. Setelah puas melihat sekitar Kuala Lumpur, kami bersiap-siap untuk pulang.

5.30 petang
Kami bertolak pulang ke rumah. Melalui lawatan ini kami berasa gembira dan kagum dengan keindahan Malaysia. Tepat pukul 7.30 malam kami tiba ke rumah masing-masing.

0 comments:

Post a Comment