CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 December 2011

Keperihalan-Banjir Di Kampung Saya


       Banjir Di Kampung Saya 

       Pada minggu lepas, hujan turun dengan lebat. Hujan lebat ini menyebabkan banjir melanda kampung saya.

   Apabila paras air semakin tinggi, penduduk kampung mula mengemaskan barang-barang. Semua kelengkapan rumah dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Saya turut membantu ibu bapa menyelamatkan barang-barang yang penting di rumah kami.

    Banjir ini menyebabkan banyak kemusnahan. Penduduk kampung saya mengalami banyak kerugian. Binatang dan harta benda musnah kerana dihanyutkan oleh banjir.

      Apabila pasukan penyelamat tiba. kami pun dibawa ke tempat yang selamat iaitu sebuah dewan dengan menaiki sebuah bot penyelamat. Dewan ini dapat menampung jumlah penduduk yang agak ramai. Kami turut diberi bantuan seperti pakaian, makanan, dan ubat-ubatan.

      Selepas tiga hari, banjir pun semakin surut. Kami dibenarkan pulang semula ke rumah. Penduduk kampung terpaksa bergotong-royong membersihkan lumpur akibat banjir ini.

      Pengalaman ditimpa banjir sangat menyusahkan kehidupan kami. Semoga perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

0 comments:

Post a Comment