CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 December 2011

Tatabahasa-Kata Kerja

Kata Kerja - Menggunakan Tangan


menyimbah 淋湿
menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak
(menggunakan baldi, gayung dan
sebagainya)

menjirus  (用水慢慢)
menyiram dengan air (pokok bunga, air mawar di pusara, muka, kaki, badan ketika mandi)

menyiram 浇水
mencurahkan air (kuantiti air lebih banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok
bunga, air mawar)

merenjis 濺,喷出泼
titik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana-sini tetapi lebih menghala
ke suatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)


mencurah 倾注,灌注
mengalir dengan deras dan banyak (air hujan,
perbuatan membuang air seperti dari dalam tempayan dan sebagainya)

menuang倒进
mengisikan air, minyak dan sebagainya ke dalam sesuatu bekas


memancut 喷注,喷出
keadaan air atau cecair yang keluar dengan deras (paip air, hos, pistol air,
darah, paip bocor, buang air kecil dan sebagainya)


memercik 濺泼
titik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana-sini akibat jatuh pada sesuatu permukaan atau sesuatu benda yang jatuh ke dalam air

menetak 斩,砍劈
memotong dengan senjata tajam yang dihayun kuat-kuat (tulang lembu, tulang ayam dan sebagainya)

menakik 砍成缺口
membuat takuk (kesan lurah) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang


memotong 割,切,剖,砍
memutuskan sesuatu dengan pisau atau sesuatu yang tajam (kek, ikan,
buah-buahan dan sebagainya)

membelah //
menjadi dua atau banyak bahagian (kayu api mengikut ira kayu, pinang dan sebagainya)

menebang 砍伐
memotong pokok kayu pada bahagian batang


mengerat ///
memotong dengan tujuan menjadikan kepada beberapa bahagian (dawai, rotan, kayn dan sebagainya)


memangkas 修剪
memotong hujung (rumput, pokok renek dan sebagainya)

menebas 砍劈(小树)
memotong sesuatu kawasan atau merambah pokok-pokok kecil dengan
menggunakan sabit (semak, belukar, hutan kecil dan sebagainya)

memungut/mengutip拾取
mengambil benda-benda yang kecil satu demi satu atau sebiji demi sebiji (guli, kelapa, kelapa sawit, sampah dan sebagainya)

merampas 抢夺
mengambil dengan kekerasan, merebut (bola dan sebagainya)

merenggut 强拉/拖拉
mengambil dengan cara menarik, mencabut, merampas, menyentak atau
merebut dengan kekerasan, (surat, surat khabar dan sebagainya)

meragut 强拉
menarik, menyentak, merabut, mencabut dengan paksa atau derigan kekuatan
(tas tangan, rantai dan sebagainya)

merentap 用力拉
menarik dengan paksa atau kekerasan dengan tujuan supaya tercabut, terlucut atau putus

menumbuk 舂碎/捣碎
perbuatan menghancurkan atau melumatkan sesuatu dengan menggunakan sesuatu alat
(lesung) dengan cara memukul atau menghentak (menumbuk lada, bawang, padi dan sebagainya

mengisar  搅碎
perbuatan menghancurkan atau melumatkan sesuatu dengan rnenggunakan sesuatu alat
yang berputar (mengisar lada, bawang, padi dan sebagainya)

menggiling (用滚石在浅面石臼)研磨
perbuatan menghancurkan atau rnelumatkan sesuatu dengan menggunakan batu giling dan
anak batu giling

0 comments:

Post a Comment